"Kalau berubat dengan ubat yang kami bawa ini nescaya kamu (Musa) akan sembuh !"kata kaumnya.
Penyakit tersebut pernah menimpa kaum Bani Israel sebelum itu tetapi apabila diubati dengan tumbuhan tersebut terus sembuh.Namun,permintaan Bani Israel itu ditolak Nabi Musa.
"Aku tidak akan berubat sehinggalah aku disembuhkan oleh Allah s.w.t tanpa menggunakan ubat!"
Setelah gagal memujuk ,kaum Bani Isreal meninggalkan Nabi Musa sendirian .Setelah beberapa lama,penyakit yang dihadapi Nabi Musa tidak juga sembuh-sembuh.
Nabi Musa tetap bertawakal supaya Allah menyembuhkan penyakitnya.Ketika Nabi Musa sedang bermunajat,Allah berfirman :
"Wahai Musa,demi kemuliaan-Ku dan keagungan-Ku,Aku tidak akan menyembuhkan penyakit kamu sebelum kamu berubat dengan ubat yang mereka sebutkan kepadamu!"
Allah berfirman lagi :
"Wahai Musa,apakah kamu menghendaki Aku batalkan hikmah-Ku dengan tawakalnya engkau kepada-Ku !
"Tidakkah kamu fikir bahawa siapakah yang meletakkan ubat pada tumbuh-tumbuhan itu untuk memberi manfaat kepada sesuatu .Bukankah Aku yang menjadikannya?"
MATI......
1 :orang bersekongkol:
Betul tu Angah, setiap penyakit pasti ada penawarnya kecuali KEMATIAN.
Ucapan takziah sekali lagi.
Post a Comment