Jom KLIK sini..

Dapatkan hadiah menarik di sini..KLIK!

Suka Blog! ini..?LIKE la..hehe

Sufi's FC

Saturday, June 25, 2011

Usaha Penentu Kejayaan...

Assalamualaikum w.r.t,
sekarang,jam menunjukkan 03:27 am.Keadaan sangat sunyi di rumah.Mama,along dan adik ,masing-masing sudah diulit mimpi..huhu..Nah,memang waktu sesuai untuk menulis blog.Susah jugak nk "create" idea untuk dicoretkan di laman blog kan??almaklumlah,orang jarang berblogla katakan..waaaaaaa!!xpe2 !"USAHA MENENTUKAN KEJAYAAN"..ha??betul ke apa yang dikatakan oleh sufi ni..??mungkin sesetengah orang berpendapat ,terdapat faktor lain yang menentukan KEJAYAAN seseorang..hmmm(berfikir sejenak),pada pendapat sufi la,USAHA perlu diletakkan pada 'rangking' no.1 dalam mencapai sesuatu matlamat.Setelah penat lelah berusaha,barulah kita berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t..kerana apa??DOA merupakan 'penghubung' antara HAMBA dan PENCIPTA-NYA..dan dengan berDOA juga menunjukkan salah satu USAHA kita untuk berjaya..

Ayah pernah tanya kepada Sufi suatu ketika dahulu sewaktu Sufi ingin tidur,ayah bertanya,"Angah,kenapa orang bukan ISLAM boleh berjaya..??sedangkan,mereka tidak menyembah Allah,tapi REZEKI mereka tetap ada.Sufi berfikir sejenak,kerana pertanyaan ini sangat "susah" untuk difikirkan oleh anak kecil berusia 13 tahun..Sufi pun menggelengkan kepala..Kemudian,ayah mengusap rambut Sufi sambil berkata,"Allah Maha Adil dan Maha Pemurah,ngah..walaupun,orang bukan ISLAM tidak menyembah Allah,tapi jika dia berusaha keras siang dan malam,Allah tetap berikan dia REZEKI setimpal dengan usaha mereka.Apa yang membezakan kita dengan mereka adalah IMAN dan TAQWA.Cara mereka juga berbeza,pemikiran mereka juga berbeza !mereka senang mendapat kekayaan kerana mereka tidak ada batasan HALAL dan HARAM dalam kehidupan mereka.Oleh itu,ayah berharap angah belajar bersungguh-sungguh,tingkatkan usaha,tanamkan iltizam dalam diri agar dapat mengecapi kebahagiaan yang berpanjangan di kemudian hari.Ingat !matlamat TIDAK MENGHALALKAN cara dalam melakukan sesuatu"..setelah menghabiskan kata-kata ayah yang terakhir itu,Sufi terus memeluk ayah supaya dia terus meredhai dan menasihati diri Sufi..

Terima kasih ayah dan mama..tanpa nasihat daripada kalian berdua ,mungkin Angah ,Along dan Adik ,tidak akan menjadi seperti anak-anak yang diharapkan oleh semua IBU AYAH..KAMI sayang dan rindukan ayah mama...............................

Dialah kawan,dialah suami dan dialah Ayah kepada kami..KAMI SAYANG KALIAN BERDUA !

LIKE..??Jangan lupa tinggalkan link dan follow yew..!:)

1 :orang bersekongkol:

MARZIEAN MOHD SHAPIAN said...

Hmmm sungguh tersentuh bila membaca post sufi ini. Bukan mudah untuk kita berjaya alam hidup. Betul seperti apa yang dikatakan Oleh ayah sufi itu. Jadi kita sebagai umat Islam seharusnya merenung sendiri, bagaimana seharusnya kita untuk memperoleh kejayaan seperti mana yang dikecapi oleh orang bukan Islam. Tetapi apa yang kita buat itu mestilah mengikut garis panduan kehidupan dalam Islam itu. Jangan tersasar dari landasan. "Iman tidak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa"....mungki sufi pun pernah mendengar lirik itu kan...?...

Tece doakan agar sufi berjaya dalam kehidupan. Tanamkan dalam hati apakah MATLAMAT sufi sebenarnya. Insya Allah KEJAYAAN pasti ada dalam genggaman sufi seandainya sufi sentiasa BERUSAHA...InsyaAllah..

Tidak terlambat untuk Tece ucapkan tahniah di atas keputusan yang cemerlang dlam peperiksaan PPT yang lalu. Tece tahu Sufi boleh buktikan kemampuan Sufi...

Semoga Berjaya ANGAH....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...