Jom KLIK sini..

Dapatkan hadiah menarik di sini..KLIK!

Suka Blog! ini..?LIKE la..hehe

Sufi's FC

Tuesday, February 1, 2011

Tanah Kubur

Assalamualaikum w.r.t
sebenarnya ,sudah lama saya ingin kongsikan pengalaman saya ketika menziarahi perkuburan nenda saya sewaktu di Johor Bahru.Arwah nenda saya telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 2010 iaitu pada hari raya ke -5.Arwah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.Ternyata ketika menziarahi tanah perkuburan arwah,linangan air mata telah mengalir dan mengingatkan saya mengenai hal KEMATIAN..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Islam merupakan agama yang menitikberatkan soal akhlak,akidah(dll) kepada penganutnya.Di sini saya ingin berkongsi mengenai ADAB-ADAB MENZIARAHI PERKUBURAN....

Ketika menziarahi tanah perkuburan :-
  • Hendaklah mengucapkan salam.
  • Berhati-hati ketika memijak kubur
  • Menziarahi dengan perasaan insaf bahawa setiap kita akan kembali ke rahmatullah
  • HARAM memijak kubur melainkan apabila terpaksa
  • Memakai pakaian yang menutup aurat
  • Memohon keampunan Allah buat orang-orang yang telah mati itu
  • Tidak digalakkan membaca sesuatu yang bertulis kerana ditakuti akan menyebabkan ditimpa LUPA
  • HARAM memohon pertolongan daripada orang yang telah meninggal dunia
  • HARAM memperindahkan kubur seseorang yang telah mati lebih-lebih lagi dengan tujuan berbangga-bangga
  • DiHARUSkan menanam tumbuh-tumbuhan di kubur seperti yang Nabi s.a.w lakukan iaitu meletakkan daun kurma yang masih hijau agar MENDOAKAN si mati.


p/s:selamat beramal.semoga dengan ilmu yang kita pelajari ini akan sentiasa menghindarkan diri kita daripada KEJAHILAN dan sentiasa mendekatkan diri kita kepadaNYA


penulis :-masih teringatkan arwah yang telah menjaga saya ibarat menatang minyak yang penuh ketika kecil.TERIMA KASIH,"abah"...................

LIKE..??Jangan lupa tinggalkan link dan follow yew..!:)

0 :orang bersekongkol:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...