Assalamualaikum w.r.t,
sekarang,jam menunjukkan 03:27 am.Keadaan sangat sunyi di rumah.Mama,along dan adik ,masing-masing sudah diulit mimpi..huhu..Nah,memang waktu sesuai untuk menulis blog.Susah jugak nk "create" idea untuk dicoretkan di laman blog kan??almaklumlah,orang jarang
berblogla katakan..waaaaaaa!!
xpe2 !"USAHA MENENTUKAN KEJAYAAN"..
ha??betul ke apa yang dikatakan oleh sufi ni..??mungkin sesetengah orang berpendapat ,terdapat faktor lain yang menentukan KEJAYAAN seseorang..hmmm(berfikir sejenak),pada pendapat sufi la,USAHA perlu diletakkan pada 'rangking' no.1 dalam mencapai sesuatu matlamat.Setelah penat lelah berusaha,barulah kita berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t..kerana apa??DOA merupakan 'penghubung' antara HAMBA dan PENCIPTA-NYA..dan dengan berDOA juga menunjukkan salah satu USAHA kita untuk berjaya..
Ayah pernah tanya kepada Sufi suatu ketika dahulu sewaktu Sufi ingin tidur,ayah bertanya,"Angah,kenapa orang bukan ISLAM boleh berjaya..??sedangkan,mereka tidak menyembah Allah,tapi REZEKI mereka tetap ada.Sufi berfikir sejenak,kerana pertanyaan ini sangat "susah" untuk difikirkan oleh anak kecil berusia 13 tahun..Sufi pun menggelengkan kepala..Kemudian,ayah mengusap rambut Sufi sambil berkata,"Allah Maha Adil dan Maha Pemurah,ngah..walaupun,orang bukan ISLAM tidak menyembah Allah,tapi jika dia berusaha keras siang dan malam,Allah tetap berikan dia REZEKI setimpal dengan usaha mereka.Apa yang membezakan kita dengan mereka adalah IMAN dan TAQWA.Cara mereka juga berbeza,pemikiran mereka juga berbeza !mereka senang mendapat kekayaan kerana mereka tidak ada batasan HALAL dan HARAM dalam kehidupan mereka.Oleh itu,ayah berharap angah belajar bersungguh-sungguh,tingkatkan usaha,tanamkan iltizam dalam diri agar dapat mengecapi kebahagiaan yang berpanjangan di kemudian hari.Ingat !matlamat TIDAK MENGHALALKAN cara dalam melakukan sesuatu"..setelah menghabiskan kata-kata ayah yang terakhir itu,Sufi terus memeluk ayah supaya dia terus meredhai dan menasihati diri Sufi..
Terima kasih ayah dan mama..tanpa nasihat daripada kalian berdua ,mungkin Angah ,Along dan Adik ,tidak akan menjadi seperti anak-anak yang diharapkan oleh semua IBU AYAH..KAMI sayang dan rindukan ayah mama...............................
Dialah kawan,dialah suami dan dialah Ayah kepada kami..KAMI SAYANG KALIAN BERDUA !
LIKE..??Jangan lupa tinggalkan link dan follow yew..!:)